Etika bermaksud suatu ukuran dan piawaian yang digunakan bagi membezakan kelakuan seseorang sama baik ataupun buruk,menyenangkan ataupun tidak menyenangkan. Etika boleh dibahagikan kepada 2 iaitu etika deskriptif dan etika normatif. Moral dan etika dalam tradisi Islam meskioun berbeza tetapi dikenali sebagai akhlak. Prinsip-prinsip dalam etika Islam adalah keimanan pada Allah, kebebesan memilih dan tanggungjawab. Selain itu, Prof.Yusuf al-Qardawi membahagikan etika Islam kepada 4 iaitu etika pada diri sendiri, etika pada keluarga, etika pada masyarakat,etika pada alam dan etika pada Allah. Ruang lingkup etika ada 3 iaitu hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan masyarakat dan diri sendiri. Etika terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut fungsi kehidupan iaitu etika keagamaan, etika kerasionalan dan etika profesional. Terdapat 4 kepentingan beretika izitu etika sebagai fitrah manusia, etika keamanan, etika sebagai lambang status manusia dan etika demi survival tamadun manusia. Yang akhir sekali ialah terdapat dua kaedah atau pendekatan teori bagi mengukur gerak laku manusia dalam etika sekular Barat iaitu kaedah deontologikal dan kaedah teleologikal.Sekian terima kasih.
TAI PAY FANG 205685